KUCHING: Presiden Parti Bumi Sarawak (PBK), Voon Lee Shan menyelar tindakan sesetengah pihak mendakwa mengapa parti mereka memilih untuk bertanding secara bebas pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Menurutnya, keputusan untuk bertanding sebagai parti bebas diambil berdasarkan undang-undang yang termaktub di bawah domestik dan antarabangsa.
“Ramai yang bertanya kepada saya adakah kita berhak menuntut kemerdekaan untuk Sarawak? Itulah soalan yang sering ditanya oleh pihak lawan.
“Kami mempunyai hak untuk mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan di bawah undang-undang domestik dan antarabangsa.
“Tiada larangan di bawah perlembagaan persekutuan Malaysia atau di bawah perlembagaan negeri Sarawak untuk rakyat Sarawak mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan daripada persekutuan Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media Manifesto Parti Bumi Kenyalang (PBK) di Kuching hari ini.