PBSM Kuching anjur larian maya kumpul dana

KUCHING: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Daerah Kuching menggesa orang ramai agar menyertai program ‘Run To Save Lives 2.0’ yang akan berlangsung secara maya bersempena Hari Penderma Darah Sedunia (WBDD).

Pengerusi PBSM Daerah Kuching Datuk Abang Abdul Rauf Abang Zain berkata, WBDD akan disambut pada 14 Jun setiap tahun dan program larian secara maya itu dilaksanakan kerana mengambil kira situasi Covid-19 ketika ini.

“Acara ini bertujuan untuk menarik perhatian masyarakat sekitar kawasan Kuching tentang kepentingan menderma darah dan kami menyasarkan pengumpulan dana sejumlah RM30,000.

“Dana tersebut akan digunakan untuk memenuhi kos perkhidmatan pengambilan darah PBSM Daerah Kuching dalam melakukan koordinasi antara penderma dari pelbagai organisasi dan bank darah Hospital Umum Sarawak (HUS), termasuk dengan kos sijil yang akan diberikan kepada penderma darah sebagai penghargaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena pelancaran rasmi program ‘Run To Save Lives 2.0’ di Pejabat PBSM Daerah Kuching di sini, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 09 Mei 2021

Suara Sarawak