ARTIKEL

PBT digesa sertai program hala tuju SFG Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dikehendaki untuk menyertai program hala tuju Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Malaysia. 

Demikian tegas Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang berkata penyertaan itu menunjukkan bahawa Malaysia adalah serius dan bersedia untuk mencapai SDG menjelang 2030.

“Sudah tentu bandar Rom tidak dibina dalam satu malam, kita memerlukan semua orang untuk bersama.

“Kita mengambil pendekatan masyarakat secara menyeluruh demi mencapai agenda penting dalam membina Malaysia yang berdaya tahan, lestari dan makmur,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan melancarkan Malaysia SDG Cities Network dan Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Kebangsaan di Hikmah Exchange, di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang dan Datuk Bandar Kuching Utara Hilmi Othman. 

Dalam masa yang sama, Kor Ming menyampaikan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas 24 bandar di negeri ini yang telah menghantar laporan ‘Voluntary Local Review’.

“Mereka mempunyai usaha padu yang disokong dan diperjuangkan oleh Kerajaan Sarawak untuk mencapai tujuan tersebut,” ujarnya.

Justeru katanya, kesemua PBT perlu menyertai program hala tuju SDG Malaysia.

Selain itu katanya, mereka menghantar laporan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat yang akan disemak secara berkala yang mempunyai 17 matlamat SDG dan 169 petunjuk.

LAIN-LAIN BERITA

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

BERITA TERBARU

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah