ARTIKEL

Keadaan pusat penggumpulan sampah di MJC, Batu Kawa Kuching.

PBT digesa tingkat tahap penyelenggaraan pusat pengumpulan sampah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING:  Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) digesa untuk meningkatkan tahap pengurusan dan penyelenggaraan pusat pengumpulan sampah.

Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, Michael Kong Feng Nian berkata, ia memerlukan tindakan segera susulan sering berlaku isu pembuangan sampah tidak diselenggara dengan baik sehingga menimbulkan risiko masalah kesihatan kepada penduduk setempat.

Menurutnya, masalah tersebut jelas berlaku di pusat pengumpulan sampah Pusat Komersial MJC, Batu Kawa di sini, yang menyaksikan sampah sarap bertaburan dan membukit tanpa diuruskan dengan baik.

“Penduduk dan pemilik kedai di sini bimbang dengan keadaan tersebut dan mereka pernah menghadapi situasi buruk itu berterusan sehingga hampir enam bulan. Situasi ini jelas berbahaya kerana boleh menimbulkan risiko serangan perosak dan penyebaran penyakit.

“Walaupun telah banyak aduan dikemukakan kepada pihak berkaitan, namun tindakan yang diambil bagi menangani isu berkenaan masih kurang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, masalah diburukkan lagi wujudnya isu salah faham antara badan pengurusan kawasan tersebut dengan pihak berkaitan termasuk Majlis Perbandaran Padawan (MPP) sehingga menyebabkan tiada langkah penyelesaian diambil.

“Perkara seperti ini tidak dapat diterima kerana penduduk setempat juga berhak mendapat maklum balas yang pantas dan tindakan cekap.

“Juteru, saya menggesa pihak berkuasa yang berkaitan khususnya MPP untuk mengambil bahagian dan menyelesaikan isu ini dengan segera.

“Adalah menjadi kewajipan mereka untuk memastikan piawaian kesihatan awam dipatuhi di semua kawasan, termasuk penyelenggaraan sewajarnya pusat pengumpulan sampah.

“Penyelesaian pengurusan sisa yang komprehensif dan mampan mesti dilaksanakan untuk mengelakkan isu yang sama berulang pada masa hadapan,” tegasnya.

Keadaan tempat pembuangan sampah yang parah itu juga mencacatkan pemandangan. Antara lain punca ia berlaku adalah disebabkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang tidak membuang sampah secara betul.

Selain pihak pengumpul sampah seperti tidak menghiraukan keadaan sisa buangan yang bertaburan di sekitar kawasan, yang tidak dibuang secara betul ke dalam tong.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU