ARTIKEL

Kong(dua kanan) bersama beberapa ahli PDP Bahagian Tanjong Batu menunjukkan laporan polis terhadap Bozz Jebat di Balai Polis Pusat Bintulu.

PDP Tanjong Batu buat laporan polis berhubung kenyataan Bozz Jebat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Tanjong Batu membuat laporan polis terhadap bekas ahli UMNO, Zool Amali Hussin atau ‘Bozz Jebat’ di Balai Polis Pusat Bintulu, petang semalam.

Laporan itu dibuat selepas bekas ahli Umno yang berpangkalan di Negeri Sembilan itu menghina Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sri Tiong King Sing dalam satu video yang tular di platform media sosial.

Dalam video berdurasi empat minit itu, Zool dilihat mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap Abang Johari dan mengkritik pelantikan Tiong sebagai menteri persekutuan.

Ketua Bahagian PDP Tanjong Batu, Kong Ngioung Kwong berkata laporan polis yang dibuat adalah untuk pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap Zool.

Menurutnya, kenyataan itu bukan sahaja menghina Premier Sarawak dan Menteri Sarawak terbabit tetapi juga tidak menghormati rakyat Sarawak.

Justeru, beliau menegaskan bahawa Zool Amali mesti bertanggungjawab atas kenyataan fitnahnya dan memohon maaf secara terbuka atas paparan kelakuan melampau dan tidak munasabah ini.

Baca lain  1,207 mangsa dipindah ke 18 PPS seluruh Sarawak

“Tingkah laku Zool Amali Hussin dalam video yang sentiasa mengkritik Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg adalah mengarut dan menghina kebijaksanaan beliau(Premier) sekali gus mencabar toleransi rakyat Sarawak.

“Malah, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah berulang kali menegaskan bahawa rakyat perlu mengelak daripada menyentuh isu 3R(race, religion and royalty) yang boleh menimbulkan kebencian kaum dengan kata-kata mereka.

“Jadi, mengapa Zool Amali Hussin terus bermain dengan api dengan membuat kenyataan yang mengelirukan dan tidak senonoh mengenai isu 3R?),”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan video berdurasi empat minit yang tular di TikTok yang kemudiannya dimuat naik ke laman sosial Facebook, menyebabkan lebih 2,000 ahli PDP Cawangan Tanjong Batu menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan Zool Amali sekali gus menuntut pemimpin menggunakan segala cara undang-undang untuk membawa keadilan kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap video berbaur kebencian itu.

“Kami semua marah dengan kenyataannya dan kami mahu tindakan diambil terhadapnya (Bozz Jebat),” tambah Kong lagi sambil menegaskan kenyataan melampau dan berbaur kebencian itu juga boleh menjejaskan hubungan mesra antara rakyat Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Baca lain  Tamatnya kluster Sg Maong, Kuching

Beliau berkata adalah jelas daripada video itu bahawa kenyataan beliau (Bozz Jebat) merupakan serangan peribadi yang serius, menggunakan kata-kata lucah yang jelas bertujuan untuk menimbulkan kebencian.

Justeru, bagi pihak PDP, beliau menggesa pihak polis menyiasat secara serius perkara itu, serta memberikan maklumat terkini kepada Premier Sarawak dan Presiden PDP.

Tangkap layar video berdurasi empat minit yang memaparkan Bozz Jebat menghina serta merendah- rendahkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Sri Tiong King Sing yang tular di platform media sosial.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU