ARTIKEL

RAKAM KENANGAN…. Mancha (lima kiri) dan rombongan PDRM Sarawak merakam kenangan bersama-sama Tun Pehin Sri Wan Junaidi semasa kunjungan hormat.

PDRM ambil pendekatan agresif cegah jenayah di S’wak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak menggunakan pendekatan lebih agresif untuk mencegah aktiviti haram dan tidak sihat di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, pemantauan dipertingkatkan bagi sebarang kegiatan, kejadian atau jenayah yang berlaku.

Mancha (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Tun Pehin Sri Wan Junaidi. (Foto: UKAS)

“Ini bagi memastikan keselamatan dan keamanan orang ramai di negeri ini terjamin.

“Pihak kami membuat pemantauan dan operasi berterusan, membanteras aktiviti yang merosakkan akhlak masyarakat sekali gus meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh