PDRM kenal pasti dalang pengedaran dadah

KUCHING: PDRM Sarawak telah mengenal pasti beberapa tokan terkait penangkapan baru-baru ini melibatkan dua penduduk tempatan sebagai pengedar dadah bernilai RM267,940 ke Indonesia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak (JSJNS) ACP Jasmirol Jamaluddin mendedahkan bahawa tindakan lanjut akan diambil dalam masa terdekat.

“Kita telah mengenal pasti dan mengesan sindiket ini yang diketuai oleh sekumpulan warga tempatan terdiri daripada pelbagai kaum.

“Ini adalah maklumat terbaru daripada kami dan tunggu sahaja pengumuman penangkapan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media mengenai laporan berkala OSC bagi menangani isu dadah dan bahan terlarang Sarawak di sini, hari ini.

Suara Sarawak