ARTIKEL

PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 20 pegawai kanannya berkuat kuasa 6 Mei ini.

Setiausaha PDRM, DCP Alzafny Ahmad, dalam kenyataan memaklumkan pertukaran itu antaranya membabitkan Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, yang dilantik sebagai Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Beliau menggantikan Datuk Mohd Khairi Khairudin yang dilantik ke jawatan Ketua Polis Terengganu.

Beliau berkata, pertukaran lain melibatkan Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Shazeli Kahar, yang dilantik sebagai Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur.

“Datuk Abu Samah Mohd Noor pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman,” katanya.

Selain itu menurut Alzafny, Komandan Maktab Teknik PDRM Bakri Muar Johor, SAC Sulaiman Hussain, dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Alzafny berkata, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, SAC Thaipul Bahri Mokhtar, dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Integriti) Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard dengan memangku pangkat DCP.

“Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin, pula dilantik sebagai Komandan Maktab Teknik PDRM Bakri Muar Johor sementara Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran/Belanjawan) Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman dilantik ke jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak, kedua-duanya memangku pangkat SAC,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

Arab Saudi permudahkan urusan jemaah haji Malaysia

SEPANG: Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap kecekapan pengurusan operasi haji yang dikendalikan oleh Lembaga

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,