SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Pecah masuk kedai, lelaki dipenjara enam bulan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar hiasan

KUCHING: Seorang lelaki berusia 39 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan pecah masuk dan mencuri barangan di dalam kedai runcit di Jalan Rock, dua tahun lalu.

Roland Ho Pok Oi mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan pecah masuk stor penyimpanan barang milik sebuah kedai runcit di Jalan Rock, kira-kira jam 9 pagi, 1 April 2021.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan denda, atau penjara sehingga 14 tahun dan bagi mana-mana satu kesalahan yang dilakukan kali kedua atau yang kemudian, boleh dikenakan denda atau sebat.

Syarifah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa hari ini.

Menurut fakta kes, pada 1 April 2021, sekitar jam 9 pagi, pengadu wanita merupakan pemilik kedai tiba di premisnya mendapati penutup jendela gulung telah diumpil secara paksa.

Baca lain  Pelajar di Mukah rugi lebih RM2,000 ditipu tawaran kerja sambilan

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperiksa oleh pengadu mendapati seorang lelaki telah pecah masuk kedai dan melarikan barang-barang seperti peti tunai, wang tunai RM600, dua unit alat bagi mengawal pembesar suara dan satu unit telefon pintar.

Anggaran kerugian yang dialami pengadu sekitar RM3,020.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Ibu dari neraka

KUCHING: Seorang wanita tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini,

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru