ARTIKEL

Pecah rumah: Kereta hilang dijumpai, tayar pecah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kereta hilang dalam insiden pecah rumah di Kampung Semerah Padi malam semalam, dijumpai di kawasan pembinaan dekat Kampung Tupong Tengah, sekitar 12.50 tengah malam tadi.


Kereta tersebut dijumpai dalam keadaan kemek dan tayar pecah. Pun begitu, pelaku masih gagal dijumpai.


Terdahulu, berlaku kejadian pecah rumah di Jalan Cenderawasih, Kampung Semerah padi sekitar 7 malam pada Khamis.


Kejadian disedari pemilik rumah apabila balik dari kerja dan mendapati rumah berselerak dimasuki pencuri.


Pencuri mendapatkan kunci kereta di dalam rumah dan lari bersama-sama kereta tersebut.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU