Trending

PEDi beri manfaat kepada usahawan untuk promosi secara digital

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BATU KAWAN: Penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memberi manfaat kepada golongan usahawan untuk mempromosikan perniagaan mereka melalui rangkaian Internet di Pulau Aman, di sini.

Seorang pengusaha inap desa (homestay), Siti Zawani Joemari, 37, berkata, inisiatif kerajaan dalam menubuhkan PEDi sangat bermanfaat kepada ramai usahawan di pulau kecil itu terutamanya dalam mempromosikan dan melariskan produk jualan mereka. 

“Sebelum ini, penduduk di sini mempunyai kurang pendedahan tentang multimedia dan digital…jadi dengan pelaksanaan PEDI, kami dapat pendedahan yang meluas. 

“Dengan adanya PEDi, saya dapat meluaskan promosi inap desa kepada pelancong luar negara yang berminat untuk datang ke kampung kita,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching mengumumkan untuk membina sebuah pusat PEDi di Pulau Aman dengan anggaran perbelanjaan kerajaan sebanyak RM1.3 juta.

— LAGI

PENDUDUK-PULAU AMAN 2 (AKHIR) BATU KAWAN

Sementara itu, seorang pengusaha kedai minuman dan skuter elektrik kanak-kanak, Mohd Syukri Yusof, 42, berkata, pelaksanaan PEDi memberi impak yang positif kepada para peniaga di kawasan itu kerana mampu mengembangkan perniagaan serta pendapatan mereka.

“Peniaga-peniaga kecil dan pengusaha inap desa akan menerima manfaat daripada penubuhan PEDi ini kerana kita dapat menjalankan perniagaan secara dalam talian.

“Produk ikan kering dan belacan sangat terkenal di sini, jadi dengan adanya PEDi perniagaan ini boleh meluas lagi di alam maya,” katanya.

Pulau Aman atau juga dikenali sebagai ‘Island of Peace’ merupakan kawasan perkampungan masyarakat Melayu yang semakin popular sebagai salah satu destinasi ekopelancongan menarik di Pulau Pinang.

Terletak di bahagian selatan Seberang Perai, perjalanan ke Pulau Aman hanya mengambil masa kurang 10 minit menggunakan bot dari Jeti Batu Musang dekat Bukit Tambun.

PEDi merupakan inisiatif utama KKD untuk komuniti setempat dalam memupuk penggunaan Internet secara positif dan membuka peluang kepada semua bagi mempelopori perniagaan secara dalam talian atau melalui platform e-dagang.– BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru