ARTIKEL

Pedofilia dikehendaki dunia dipenjara 40 tahun dan 21 sebatan, bakal hadapi pelbagai pertuduhan lain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Penjenayah pedofilia paling dikehendaki di dunia dijatuhi hukuman penjara 40 tahun dan 21 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Ia melibatkan tiga pertuduhan membuat video dan gambar pornografi seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun di sebuah ladang kelapa sawit di Lundu, lima tahun lalu.

Alladin Lanim, 43, mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Iris Awen Jon.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana membuat video dan gambar lucah kanak-kanak menggunakan sebuah telefon pintar.

Manakala, pertuduhan kedua dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Kesalahan Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana membuat persediaan untuk melakukan jenayah sama, menggunakan telefon yang sama.

Pertuduhan ketiga pula, dia didakwa di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana menggunakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun sebagai persediaan untuk melakukan aksi pornografi.

Dia melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah kuaters kediaman di sebuah ladang kelapa sawit di Lundu, antara 13 Ogos 2018 sehingga 6 Disember 2020.

Iris Awen menjatuhkan hukuman penjara 22 tahun dan 12 sebatan bagi pertuduhan pertama manakala pertuduhan kedua tertuduh dijatuhi hukuman lima tahun dan tiga sebatan.

Bagi pertuduhan ketiga, Alladin dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan lapan sebatan selain Iris memerintahkan tertuduh menjalani kesemua hukuman secara berturut-turut.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian, manakala kes disiasat oleh Pegawai Penyiasat Sarjan Rahim Landarian.

Untuk rekod, tertuduh juga berdepan dengan pelbagai pertuduhan yang hampir sama pada masa akan datang untuk keadilan mangsa yang lain dan hukuman ini adalah sebahagian daripada pertuduhan yang ada.

Difahamkan, sebanyak 7,371 photo dan 2,541 video pornografi telah dilakukan oleh tertuduh terhadap mangsa-mangsanya.

Alladin merupakan pedofilia yang dikehendaki di dunia serta tersenarai antara 10 pesalah dunia dalam eksplotasi jenayah kanak-kanak di internet, melibatkan usia dua hingga 16 tahun, yang menurut pihak berkuasa telah dilakukannya sejak 2007.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian