ARTIKEL

Pegawai, anggota polis antara 14 individu ditahan dalam pesta liar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seramai 14 individu termasuk seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan seorang anggota polis berpangkat Koperal ditahan dalam satu serbuan parti liar di sebuah apartmen di Jalan Batu Kawa pada Rabu lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan tangkapan tersebut berkata, serbuan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan orang lelaki dan lima orang perempuan.

“Turut ditahan dalam tangkapan tersebut adalah seorang penolong pegawai kesihatan dan seorang pelajar perempuan tingkatan 4,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, pasukan operasi turut merampas sebanyak 14.57 gram ketamin, 14 biji pil ekstasi dan lima biji pil eramin dalam serbuan tersebut.

Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif. Methaphetamine dan Amphetamine.

“Kesemua suspek kini ditahan reman di lokap Siburan dan lokap Beratok, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan sehingga 8 November,” jelasnya.

Baca lain  Pembantu pengurusan tidak mengaku salah cabul 6 murid OKU, guru bebas dengan jaminan polis

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Sekysen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya1952.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,