ARTIKEL

Pegawai Daerah Saratok Mohd. Ikhmal Abdullah, meninggal dunia petang tadi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARATOK: Penduduk di Daerah Saratok kehilangan seorang Pegawai Daerah yang sangat berdedikasi.

Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Saratok Kaunselor Mohamad Duri ketika dihubungi mengesahkan Pegawai Daerah Saratok Mohd. Ikhmal Abdullah menghembuskan nafas terakhir sekitar 5:28 petang tadi di Hospital Sibu.

Menurutnya, beliau dikejarkan ke Hospital Saratok, lalu terus dihantar ke Hospital Sibu pada 1 September lalu ekoran masalah jantung dan pneumonia.

“Kami kehilangan seorang pemimpin yang disanjung oleh warga Saratok, selain disayangi dan dekat di hati semua.

“Seorang yang sangat berdedikasi, peramah, sentiasa ceria dan senang didampingi baik berjumpa di kedai kopi mahupun di pejabat bagi urusan rasmi,” katanya dihubungi Suara Sarawak, sebentar tadi.

Difahamkan jenazah diuruskan di Hospital Sibu dan akan dibawa balik ke rumahnya di Kota Samarahan.

Untuk rekod, Ikhmal mula berpindah ke Saratok pada 2013.

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,