Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Pegawai dan anggota BBP dan IPD Bau diarahkan jalani ujian calitan Covid-19

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BAU: Pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau cemas apabila diarahkan menjalani ujian calitan Covid-19.

Mereka adalah yang terlibat dalam khidmat khas membawa mangsa yang meninggal dunia akibat ditembak abangnya ketika berburu di hutan Kampung Stenggang pada malam Sabtu lalu.

Ketua BBP Bau Tawang Lingem berkata mereka terkejut sebaik dimaklumkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semalam bahawa mangsa yang maut ditembak disahkan positif Covid-19.

“Kami diarahkan untuk menjalani ujian calitan Covid-19 dan saya adalah yang pertama dicalit tadi daripada pasukan BBP Bau yang terlibat operasi.

“Beberapa anggota polis dari IPD Bau yang terlibat juga perlu menjalani ujian calitan” katanya yang dihubungi, hari ini.

Tawang adalah antara yang turun ke lokasi kejadian, selepas menerima laporan kira-kira jam 11.47 malam Sabtu lalu apabila seorang lelaki maut ditembak oleh abangnya sendiri ketika berburu, kerana disangkakan pelanduk.

Sementara, Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon yang dihubungi turut mengesahkan mengenai perkara itu.

Namun, beliau tidak terlibat dalam operasi tersebut.

Justeru, Poge mendoakan agar semua anggotanya termasuk anggota BBP Bau yang terlibat selamat.

Dalam kejadian malam Sabtu lalu, dua beradik dari Kampung Stenggang telah keluar memburu kira-kira jam 7 malam sebelum berpecah.

Abang mangsa, 60, memburu pelanduk manakala mangsa, 55, mencari katak di tebing sungai.

Ketika sedang menunggu, abang mangsa terdengar bunyi sesuatu di tepi sungai dan ternampak seperti kelibat pelanduk lalu melepaskan satu das tembakan.

Selepas tembakan dilepaskan, abang mangsa mendengar jeritan dan dia bergegas memeriksa sebelum mendapati mangsa dalam keadaan berdarah dan terlentang di tebing sungai.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru