ARTIKEL

Pegawai Jabatan Tanah dan Survei ditambah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan pengambilan 467 pegawai pelbagai kategori bagi menambah kapasiti sedia ada di Jabatan Tanah dan Survei (JTS) melibatkan tambahan perbelanjaan sebanyak RM30 juta setahun, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II berkata, ia bagi memastikan pengukuran tanah NCR dilaksanakan secara lebih efisien dan efektif di bawah Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu apabila dilaksanakan bermula pada 2010.

“Sehingga 31 Oktober lalu, lebih kurang 953,000 hektar atau 2.35 juta ekar berjaya diukur secara perimeter dan lebih kurang 753,000 hektar atau 1.86 juta ekar daripadanya diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

“Pada tahun ini, fokus pengukuran juga ditumpukan kepada pengukuran lot-lot individu bagi kawasan-kawasan yang telah diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri berdasarkan permohonan dan kesediaan penuntut tanah tersebut,” katanya dalam ucapan penggulungan Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II pada Persidangan Dun, di sini pada Jumaat.

Baca lain  Mayat lelaki ditemui tersangkut di kayu bakau

Tegas Awang Tengah, Kerajaan Sarawak komited memastikan kelangsungan program ini dan akan terus menyediakan peruntukan yang diperlukan di samping peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Sehingga 31 Oktober, sebanyak 37,039 lot individu telah berjaya diukur yang melibatkan kawasan seluas 46,113 hektar atau 113,945 ekar yang telah dan akan dikeluarkan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

“Malah, penuntut tanah juga dikehendaki hadir semasa pengukuran di lapangan, menandakan sempadan tanah mereka dengan jelas dan mengelak pertikaian dalam membuat tuntutan agar pengukuran berjalan dengan lebih lancar,” jelasnya.

Mengenai pelaksanaan Program Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) sejak Rancangan Malaysia Ke-4 Awang Tengah memberitahu, ia merupakan komitmen dan keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan tanah untuk mendirikan rumah.

“Di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-11 dan peruntukan Projek Rakyat, sebanyak 54 projek SPS dan SPK telah diluluskan yang menyediakan sebanyak 4,645 lot kediaman.

“Daripada 54 projek tersebut, 34 projek telah siap sepenuhnya dan baki 20 projek akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12,” ujarnya.

Baca lain  Lelaki baling senjata ke Istana Buckingham

Katanya, projek-projek SPS dan SPK yang baharu akan dilaksanakan dengan menggunakan spesifikasi yang telah ditambah baik seperti jalan raya yang berturap, parit konkrit dan lot-lot yang ditimbus (ditembok). Tambahnya, kerajaan juga telah menetapkan bayaran premium tidak melebihi RM2,500 satu lot.

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,