ARTIKEL

CERITA... Juanda (dua, kiri) ditunjukkan meriam lama yang terdapat di Pejabat Daerah Betong oleh Rentap (tengah) sempena Majlis Perasmian Program Jelajah Integriti Siri 10 Bil.1/2024 Daerah Betong di Dewan Layar, hari ini. - Foto: Osman Razali

Pegawai ombudsman dalam proses pemilihan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BETONG: Kerajaan Sarawak kini dalam proses pemilihan pegawai ombudsman bagi penguatkuasaan Ordinan Ombudsman Sarawak yang dijangka diwartakan pada suku pertama tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya, berkata sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada November lalu meluluskan Ordinan Ombudsman Sarawak yang pertama di Malaysia bagi mewujudkan saluran rasmi tentang sebarang aduan awam berkaitan agensi kerajaan.

“Insya-Allah pada suku pertama tahun ini, undang-undang tersebut akan diwartakan, seterusnya sekitar lima ke tujuh ombudsman akan dilantik oleh Kerajaan Sarawak.

“Kini dalam proses pemilihan dalam kalangan mereka yang berpengalaman bagi mengendalikan ombudsman mengikut piawaian antarabangsa antaranya bebas, tidak berat sebelah, kerahsiaan, menjalankan penyiasatan secara adil dan saksama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Jelajah Integriti Siri 10 Bil. 1/2024 Daerah Betong di Dewan Layar, hari ini.

Jelasnya, sebagai pihak yang diamanahkan oleh Kerajaan Sarawak untuk menjaga Unit Integriti dan Ombudsman, beliau sangat mengalu-alukan sebarang aduan rakyat yang mesti disalurkan melalui platform rasmi bagi memastikan hak rakyat terpelihara dan terjaga.

“Buat masa ini kita menerima aduan berkenaan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta Badan-badan Berkanun.

“Tujuan kita menguatkuasakan undang-undang ini bagi memastikan pentadbiran Kerajaan Sarawak terus mantap, maju dan sampai ke tahap apa yang diamalkan di negara maju.

“Ini satu perkara baharu di Sarawak dan pertama di Malaysia, jadi kita berharap ada respons yang baik daripada akar umbi untuk sama-sama memastikan sistem penyampaian kerajaan di Sarawak, telus, berjalan lancar dan secara tidak langsung hasrat memastikan Sarawak Maju Makmur menjelang 2030 dapat direalisasikan,” ujarnya.

Ditanya tentang aduan yang diterima setakat ini, ADUN Jemoreng itu memaklumkan kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan adalah menbabitkan ombudsman.

BERITA LAIN

Lelaki ditemui mati di Kampung Tunku

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati di Kampung Tunku, Jalan Astana, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, polis menerima laporan

Percepat naik taraf klinik kesihatan, sekolah daif

KUCHING: Perbincangan antara Kerajaan Sarawak dengan Putrajaya berkaitan isu pendidikan dan kesihatan di Sarawak belum lagi selesai dan muktamad, namun beberapa perkara sudah diselesaikan. Premier

LEMANG WARISAN

Reduan Ahmad mengambil masa 48 jam, dua hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk membakar lebih 4,000 batang lemang pesanan pelanggan tetapnya. Resipi penghasilan lemang

PADU: Sarawak masih tunggu wakil Kementerian Ekonomi

KUCHING: Kerajaan Sarawak belum lagi menerima kunjungan daripada wakil Kementerian Ekonomi bagi memberi taklimat berkaitan isu keselamatan Pangkalan Data Utama (Padu). Premier Datuk Patinggi Tan

BERITA TERBARU

Lelaki ditemui mati di Kampung Tunku

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati di Kampung Tunku, Jalan Astana, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, polis menerima laporan

Percepat naik taraf klinik kesihatan, sekolah daif

KUCHING: Perbincangan antara Kerajaan Sarawak dengan Putrajaya berkaitan isu pendidikan dan kesihatan di Sarawak belum lagi selesai dan muktamad, namun beberapa perkara sudah diselesaikan. Premier

LEMANG WARISAN

Reduan Ahmad mengambil masa 48 jam, dua hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk membakar lebih 4,000 batang lemang pesanan pelanggan tetapnya. Resipi penghasilan lemang