ARTIKEL

Gambar hiasan

Pegawai PBT mengaku tidak bersalah cabul petugas wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan mencabul seorang petugas wanita di bawah seliaannya pada Oktober tahun lepas.

Syahrul Nizam Shuib, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan terhadap mangsa yang berusia 23 tahun di pejabatnya kira-kira 9.30 pagi pada 24 dan 26 Okt 2023 mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Syahrul Nizam diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Rais Imran menetapkan 28 Mei depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syazalia Che Suhaimin manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Fariduddin Mat Noor. — BERNAMA

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU