Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Peguam mati selepas pengsan di pejabat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Anggota paramedik membawa mangsa ke ambulans selepas pengsan di pejabat firma guaman di Gala City, semalam.

KUCHING: Seorang peguam meninggal dunia selepas pengsan di sebuah pejabat firma guaman di Gala City, di sini semalam.

Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, lelaki berusia 47 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Mangsa pengsan di pejabat firma guaman di Gala City dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.03 petang di HUS,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Tambahnya, proses bedah siasat mangsa akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru