SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Peguam Negara telah diminta gubal Rang Undang-undang Anti Lompat Parti

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga Ahli Parlimen Santubong ketika menggulung sesi menjawab soalan pada Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR: Peguam Negara telah diminta untuk menggubal Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti, Dewan Rakyat dimaklumkan semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagaimanapun berkata ia memerlukan kajian mendalam kerana soal itu amat rumit.

“Kerajaan pun baru bermula, proses undang-undang ini bukan (mengambil masa) tiga hari bukan tiga minggu, ambil masa,” katanya ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Beliau menjawab celahan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) mengenai komitmen kerajaan untuk melaksanakan rang undang-undang itu serta sama ada tindakan lompat parti akan dijadikan kesalahan jenayah atau tidak.

Wan Junaidi berkata apabila draf rang undang-undang itu siap, ia akan dibawa untuk dibincangkan dengan setiap Ahli Parlimen terlebih dahulu sebelum dibentang di Parlimen.

“Apabila siap draf rang undang-undang itu nanti, kami baca satu persatu…, saya akan tanya setiap orang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said juga telah mengusulkan mengenai pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Rang Undang-Undang Pemecatan Ahli-Ahli Parlimen 2021 yang tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat kali ini.

Baca lain  Anggap Sarawak "parochial" tidak bantu penyatuan negara, kata Abang Johari

Sementara itu, berhubung siasatan kes tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa salah guna kuasa dalam penyelewengan berkaitan urusan kes seorang bekas ketua jabatan, Wan Junaidi berkata bukan menjadi perkara luar biasa bagi sesuatu agensi penguatkuasaan menjalankan penyiasatan terhadap pegawainya sendiri asalkan ia termaktub di bawah bidang kuasa agensi masing-masing.

Beliau berkata dalam hal itu, apabila rst information report (FIR) diterima oleh SPRM, adalah menjadi kewajipan kepada suruhanjaya itu untuk menjalankan siasatan tanpa kelengahan.

“Siasatan kes ini masih berjalan dan SPRM akan memastikan siasatan dijalankan secara telus dan profesional serta tiada kompromi untuk melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah,” katanya. — BERNAMA

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru