ARTIKEL

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Pejabat Ahli Parlimen Kapit pantau rapatoperasi SAR tragedi bot karam Batang Baleh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pejabat Ahli Parlimen Kapit mengikuti dengan rapat perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan insiden bot karam di Sungai Batang Baleh, berdekatan jeti Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Baleh, di Kapit.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya juga sedia memberi bantuan sewajarnya kepada mereka yang terlibat.

“Saya juga menghubungi Ketua Polis Daerah Kapit Deputi Superintenden Rohana Nanu mendapatkan maklumat terkini perkembangan insiden itu.

“Sehingga kini, saya difahamkan empat mangsa termasuk dua anggota polis masih hilang dan operasi SAR giat dijalankan pihak berkuasa.

“Saya berharap keluarga mangsa dapat bersabar dengan dugaan ini dan bersama-sama kita berdoa supaya semua dapat ditemui segera dalam keadaan selamat,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya, hari ini.

Beliau turut menasihatkan semua pihak yang menggunakan pengangkutan air terutama yang tidak pandai berenang, sentiasa berhati-hati dan menitikberatkan aspek keselamatan.

Pihak pengendali pengangkutan air juga perlu mengambil tanggungjawab serius memastikan semua penumpang serta kru mematuhi langkah keselamatan sewajarnya.

Baca lain  Dewan Sri Apong dinaiktaraf untuk manfaat rakyat

“Marilah kita bersama-sama berusaha meningkatkan tahap keselamatan perkhidmatan pengangkutan air di Sarawak demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak,” jelasnya.

Sementara itu, menurut Rohana dua anggota polis yang masih hilang dalam insiden tersebut dalam perjalanan dari Kuching ke Ng Tulie, Kapit bertugas mengiringi bahan letupan seberat 35 kilogram dan peledak – 1050rds.

Menurut beliau, dalam kejadian sekitar 5 petang itu, dua anggota polis bersama-sama tiga lagi penumpang menaiki bot dari jeti SK Lepong Baleh ke Ng Tulie menghantar bahan letupan berkenaan.

“Di tempat kejadian, bot tersebut membelok ke kiri sedikit menuju ke hulu sungai, lalu menempuh air berpusar sehingga menyebabkan bot dinaiki terbalik dan karam,” katanya.

Dalam kejadian tersebut, seorang mangsa sempat diselamat oleh orang awam, manakala empat lagi belum ditemukan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh