ARTIKEL

Pejabat Daerah Kecil Nanga Budu dijangka mula dibina tahun hadapan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Projek bangunan Pejabat Daerah Kecil Nanga Budu yang baharu masih dalam proses pra-kontrak dan kerja pembinaan dijangka bermula pada pertengahan tahun hadapan.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Seri John Sikie Tayai berkata, ketika ini kproses tersebut melibatkan penyediaan reka bentuk bangunan terperinci dan dokumen tender. 

“Tender dijangka akan dikeluarkan pada suku pertama 2024, yang mana tempoh pelaksanaan projek mengambil masa selama 18 bulan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus berkata demikian dalam ucapan penggulungan mesyuarat kedua bagi penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 di sini, semalam.

Beliau menambah, pembinaan Kuarters Perkhidmatan Daerah Nanga Budu termasuk dalam senarai Projek Pembinaan Kuarters Perkhidmatan dan Bangunan Pejabat Kerajaan Sarawak yang telah diluluskan pada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Pada masa ini, Pejabat Daerah Kecil Nanga Budu telah beroperasi di bangunan Kuarters Kerajaan secara sementara sejak 2 Januari lalu,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

Premis makanan dipantau supaya sentiasa bersih, selamat

SIMANGGANG: Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mempergiatkan pemantauan terhadap premis makanan sekitar Simanggang bagi memastikan pengusaha mengutamakan aspek kebersihan terbaik.

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan