ARTIKEL

Pejabat imigresen Indonesia pindah dekat Telok Melano, mudahkan aktiviti pelancongan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PONTIANAK : Kerajaan Indonesia akan memindahkan pejabat imigresen di Desa Liku ke kawasan yang berdekatan dengan pos kawalan sempadan Telok Melano, Sarawak.

Gabenor Kalimantan Barat, Bapak Sutarmidji M.Hum berkata, kemudahan ini membolehkan urusan masuk ke Indonesia dipermudahkan bagi tujuan pelancongan lawatan ke Pantai Temajuk.

“Setahu saya, ada pos imigresen Malaysia di Telok Melano. Makanya saya minta imigresen kita (Indonesia) membina di situ juga.

“Imigresen kita berada tiga kilometer dari situ dan ia terlalu jauh dari sempadan Malaysia-Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) di pejabatnya di sini semalam.

“Diharap pemindahan pos kawalan dapat direalisasikan selewat-lewatnya pada akhir tahun 2024 supaya dapat melicinkan aktiviti lintas sempadan,” ujarnya.

Mengenai pembangunan pelancongan di Temajuk, Sutarmidji memberitahu bahawa kerajaan menyerahkan kepada pihak swasta untuk membangunkannya.

“Bagaimanapun, kerajaan akan membantu dari segi pembangunan fasiliti penting (air, elektrik dan jaringan internet),” katanya.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

Sikap toleransi kunci perpaduan Sarawak

BALAI RINGIN: Sikap toleransi yang diamalkan oleh penduduk Sarawak merupakan kunci kepada perpaduan wilayah ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan