Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Pejalan kaki maut dilanggar lari

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Lokasi kejadian langgar lari melibatkan seorang wanita warga emas dilanggar sebuah kenderaan ketika sedang melintas jalan dari arah kiri jalan menuju ke Sri Aman.

SERIAN: Polis memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung kemalangan langgar lari yang mengakibatkan seorang wanita maut di KM 80, Jalan Kuching/ Sri Aman, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Serian Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6.20 pagi semasa mangsa, 67, sedang melintas jalan dari arah kiri jalan menuju ke Sri Aman.

“Mangsa telah dilanggar sebuah kenderaan (belum dikenal pasti) datang dari arah Serian.

Lokasi kejadian langgar lari melibatkan seorang wanita warga emas dilanggar sebuah kenderaan ketika sedang melintas jalan dari arah kiri jalan menuju ke Sri Aman.

“Akibat pelanggaran ini, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa ditemui penduduk kampung yang melalui kawasan terbabit.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serian untuk dibedah siasat.

“Pihak polis menyeru agar masyarakat awam menyalurkan maklumat dan hubungi Sub Inspektor Adrian Francis di talian 019-8347530 atau 082-874260,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Ibu dari neraka

KUCHING: Seorang wanita tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini,

E-Paper

4 JUN 2023

Berita Terbaru

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan