Trending

Pejalan kaki warga emas maut dilanggar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Lokasi kejadian membabitkan pejalan kaki dilanggar sebuah kenderaan.

KOTA SAMARAHAN: Seorang pejalan kaki warga emas maut dilanggar sebuah kenderaan di KM 16, Jalan Datuk Mohd Musa, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.30 malam membabitkan mangsa, lelaki berusia 65 tahun.

“Kemalangan berlaku semasa sebuah kenderaan dari arah Kota Samarahan menuju ke Taman Suria arah Batu 7, Kota Sentosa telah melanggar mangsa yang berada di tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru