Pekala, Petanak sama tumpul

SKUAD Pekala United dan Petanak FC hanya mampu seri 0-0 dalam aksi Kumpulan C Kejohanan Bola Sepak MuFA Piala Parlimen Mukah di Padang Mesra MDDM Mukah petang semalam.

Pekala United yang berjersi hijau lebih banyak menguasai permainan dan mencipta peluang, namun gagal memanfaatkannya sebagai jaringan.

Menurut jurucakap pasukan Pekala, ketiadaan dua penyerang utama menjejaskan rentak bahagian serangan pasukan.

“Dua penyerang kami ada komitmen lain yang tidak dapat dielakkan… jadi kami terpaksa menggunakan pemain yang ada,” katanya.

Pekala United yang diterajui oleh bekas pemain Piala Sarawak Mukah, Abdul Rahman Ali akan menentang Sau FC dalam acara perasmian pada 1 Mac nanti.

Mereka perlu memenangi perlawanan tersebut untuk membuka peluang ke suku akhir. Satu lagi pasukan dalam kumpulan tersebut ialah Leetonia JKKK.

Sementara itu, petang Khamis pula menyaksikan pasukan pilihan Oya FC menentang Tegak.

Oya merupakan finalis Kejohanan Piala Adun Tellian baru-baru ini.

Sejumlah 21 buah pasukan menyertai kejohanan tersebut yang dibahagikan kepada lima kumpulan.

JADUAL PERLAWANAN

KHAMIS
Oya FC Lwn Tegak

SABTU
Batu Mas Lwn Penipah

AHAD
Tellian Laut B Lwn Jourdania

* Semua aksi di Padang Mesra MDDM Mukah mulai jam 4.00 petang.

PEKALA… Inilah barisan pemain pasukan Pekala dan pegawai pasukan.

PETANAK FC… Barisan pemain Petanak FC bersama-sama pegawai pasukan. 

Suara Sarawak