Pekayuh hilang semasa latihan perahu lumba di Beladin

BELADIN: Seorang pekayuh hilang selepas perahu lumba yang digunakan untuk sesi latihan bersama rakan-rakannya karam berhampiran Kampung Hulu dekat sini, lewat petang tadi.

Pekayuh tersebut hanya dikenali sebagai Izzat, pelajar tingkatan 4 SMK Beladin.

Pegawai Operasi BBP Betong PBK I Henry Jugah mengesahkan perkara tersebut selepas pihaknya dimaklumkan oleh penduduk sebentar tadi.

Katanya ketika dihubungi, pasukan Bravo BBP Betong kini berada di lokasi untuk tindakan awal.

Menurut penduduk, pekayuh lain berjaya menyelamatkan diri.

Difahamakan, berlaku angin kuat ketika mereka menjalankan sesi latihan.

Penduduk dikatakan sudah memulakan operasi mencari.

Suara Sarawak