ARTIKEL

Pekebun digalakkan ceburi dan pelajari tanaman pokok RT-Poulownia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Pekebun digalakkan untuk menceburi dan mempelajari tanaman pokok RT-Poulownia yang mempunyai potensi komersial.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, berkata ini kerana pokok tersebut dapat tumbuh dengan cepat dalam tempoh tiga ke lima tahun dan hasil tuaiannya mampu menghasil pelbagai produk kayu selain menyimpan karbon biomass.

Justeru beliau mengucapkan tahniah kepada TSG Green Sdn Bhd dalam pendekatan dan pembangunan penanaman pokok RT-Poulownia yang sejajar dengan dasar penanaman semula pokok di negeri ini selain turut memenuhi peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

“Saya berharap mereka yang berminat untuk mengetahui mengenai pokok ini boleh datang ke sini dan belajar daripada mereka (TSG Green Sdn Bhd).

“Mereka akan menyediakan mereka dengan pengetahuan dan mereka juga mempunyai (makmal) kultur tisu yang mereka boleh tanam untuk kegunaan sendiri,” katanya kepada media ketika mengadakan lawatan ke tapak semaian TSG Green di Kota Samarahan, hari ini.

Rundi berkata, untuk mengkomersialkan tanaman pokok RT-Poulownia tersebut memerlukan pelaburan yang besar selain penyertaan lebih ramai pekebun yang berminat.

Katanya, ia tidak dapat diusahakan secara kecil-kecilan, justeru ia perlu diusahakan pada skala besar secara tanaman kontrak.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan akan membantu pihak yang berminat untuk menceburi penanaman pokok tersebut.

Tambahnya lagi, makmal kajian dan penyelidikan TSG Green Sdn Bhd yang menjalankan tisu kultur bagi pokok RT-Poulownia boleh digunakan untuk tumbuhan lain juga.

“Kita boleh lakukan ini pada buah pisang, betik, nanas dan lain-lain.

“Ini agar kita mampu membuatnya mampan dan sesuai dengan industri makanan yang boleh dijadikan wang ringgit,” ujarnya.

Terdahulu, Rundi bersama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Malcolm Mussem Lamoh, diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TSG Green Sdn Bhd, Datuk Chris Chung, mengadakan lawatan ke tapak semaian syarikat tersebut di Kota Samarahan dan makmalnya di Menara TSG, di Kuching.

MENARIK… Rundi (tengah) melihat proses tisu kultur pokok RT-Poulownia di makmal TSG Green Sdn Bhd.

BERITA LAIN

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

Langkah lebih adil, tepati keperluan

KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel disifatkan menepati keperluan rakyat dan ia langkah lebih adil dalam mengagihkan bantuan kepada golongan

BERITA TERBARU