ARTIKEL

Presiden DOPPA Napoleon R Ningkos

Pekebun kecil di Sarawak juga perlukan pekerja asing – DOPPA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan seharusnya memberi kelonggaran syarat pengambilan pekerja asing melalui koperasi pekebun kecil yang sedia ada di Sarawak bagi menampung kekurangan pekerja.

Presiden Persatuan Penanam Kelapa Sawit Dayak Sarawak (DOPPA) Napoleon R Ningkos berkata ia memandangkan pekebun-pekebun kecil persendirian di Sarawak juga memerlukan pekerja asing.

“Purata keluasan saiz kebun pekebun kecil di Sarawak adalah antara 8 hingga 10 hektar berbanding dengan Semenanjung Malaysia iaitu antara 2 hingga 3 hektar.

“Adalah memadai bagi kerajaan membuat perbincangan lanjut dengan DOPPA bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja untuk para pekebun kecil persendirian di Sarawak,” katanya yang dihubungi.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas mengenai keputusan kerajaan hanya membenarkan kemasukan pekerja asing bagi sektor perladangan untuk memenuhi keperluan dan permintaan kira-kira 40,000 buruh dalam industri tersebut.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata sehubungan itu, pengambilan pekerja asing itu akan diperketatkan bagi memastikan syarikat dan majikan selain buruh tersebut mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Tinjauan kita sehingga Disember 2023 mendapati, kira-kira 40,000 pekerja asing masih diperlukan untuk sektor perladangan, jadi mana-mana syarikat yang terlibat boleh menghantar permohonan kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM),” pada sidang media sempena majlis Anugerah Kecemerlangan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 2023, hari ini.

Baca lain  Balai Ringin bakal jadi daerah kecil

Justeru, Napoleon berkata DOPPA menyambut baik inisiatif kerajaan itu namun menyifatkan penekanan banyak diajukan kepada pematuhan pengambilan pekerja asing bagi syarikat besar.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,