Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Pekema kongsi kegembiraan menjelang Hari Raya Aidilfitri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Rakam kenangan… Ismail dan Nancy bersama-sama penerima bantuan Asnaf hari ini di Mydin Tunku Vista

KUCHING: Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) Cawangan Sarawak meraikan 200 anak-anak keluarga asnaf dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan membeli pakaian raya buat mereka.

Pemberian baucar berjumlah RM150 sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung keluarga, selain mengukir senyuman buat anak-anak menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Presiden Pekema Cawangan Sarawak Datuk Ismail Abang Saufi berkata, sumbangan itu sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang telah dilaksanakan sebagai acara tahunan organisasi berkenaan.

Jelasnya, ia adalah simbol solidariti dan komitmen badan bukan kerajaan untuk memperluas program kebajikan kepada lebih ramai kumpulan sasar.

“Menjelang Aidilfitri, membantu golongan asnaf dan keluarga kurang berkemampuan dalam membeli persiapan pastinya memberikan kegembiraan kepada mereka.

“Inilah antara tanggungjawab dalam komuniti  bagi mengurangkan beban mereka. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing agar kemeriahan Hari Raya Aidilfitri dapat dirasai bersama-sama,” jelasnya.

Bagi ibu bapa, sumbangan tersebut besar maknanya terutama di saat mereka mahu berjimat cermat dengan perbelanjaan harian sepanjang Ramadan.

Baca lain  Dua lelaki, seorang wanita ditahan positif dan miliki dadah

Menurut Dayangku Suhana Abang Mustafa, persiapan menyambut lebaran dilakukan secara sederhana dengan membuat sedikit persiapan.

“Dengan adanya bantuan sumbangan seperti ini, ia dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung dari segi perbelanjaan,” katanya.

Bagi Nur Mardiah Majili, dia tetap bersyukur menerima bantuan persiapan raya untuk anaknya.

“Syukur semuanya cukup, ada songkok serta baju raya yang berwarna-warni dilengkapi dengan samping,” katanya.

Sementara itu bagi Jemali Tasen, ia merupakan pengalaman pertama menerima sumbangan daripada badan bukan kerajaan (NGO).

“Selepas berhenti kerja atas faktor kesihatan, perbelanjaan persiapan raya juga terhad. Tambahan, saya sudah tiada punca pendapatan tetap. Oleh itu, syukur atas bantuan yang diberikan,” ujarnya.

TAMAT

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru