ARTIKEL

Mangsa diangkat oleh anggota pasukan Alfa BBP Sri Aman sebelum dikejarkan ke hospital, hari ini.

Pekerja binaan cedera dilanggar jentera pengorek

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Seorang pekerja pembinaan di sini cedera pada bahagian pinggang dan kaki selepas dilanggar jentera pengorek.

Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Sri Aman, PPgB Andrew Vengitasamy, mangsa berumur 26 tahun itu telah dikejarkan ke Hospital Sri Aman untuk mendapatkan rawatan.

“Sebaik pasukan Alfa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman tiba di Jalan Bungkang, seorang pekerja kontrak terbaring di atas jalan selepas dilanggar eskavator.

“Hasil pemeriksaan awal, lelaki berasal dari San Kemantan itu cedera pada bahagian pinggang dan kaki,” katanya, hari ini.

Pihaknya, jelas Andrew, memberikan rawatan awal dengan memasang ‘C-Collar’ dan menghantar mangsa ke hospital.

Terdahulu, pihaknya dimaklumkan tentang insiden itu sekitar 10.10 pagi.

Operasi di lokasi tamat sekitar 10.23 pagi.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)