ARTIKEL

Pekerja hotel berjaya pujuk lelaki cuba bunuh diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kepantasan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan berjaya mematahkan cubaan membunuh diri seorang lelaki warga asing.

Ketua BBP Padungan, Abdul Mutalib Jaffar berkata, mangsa merupakan seorang lelaki warga Mongolia-China melakukan cubaan bunuh diri di luar hotel Tune di Tebingan Sungai Kuching.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.50 pagi

“Tiba di lokasi kejadian, kita mendapati mangsa dikenali sebagai Li Dong, 34, bertindak untuk berdiri di bahagian luar hotel untuk cubaan membunuh diri,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut Mutalib, pasukannya serta beberapa kakitangan hotel cuba untuk memujuk lelaki itu.

“Namun, lelaki tersebut tidak memahami bahasa pertuturan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sehingga seorang kakitangan hotel yang memahami bahasa lelaki tersebut bertindak sebagai jurubahasa.

“Selang beberapa minit, mangsa berjaya dipujuk dan masuk semula ke dalam hotel,” jelasnya.

Operasi tamat pada jam 10.31 pagi.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan