ARTIKEL

Pekerja kesuma bangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HARI BURUH tanggal 1 Mei amat bermakna bagi pekerja di Malaysia dan dirai dengan cuti khas.

Hari ini penting bagi menghargai tenaga kerja yang menyumbang kepada kemajuan negara.

Ia memberi peluang kepada kerajaan dan majikan untuk mengiktiraf serta menghargai sumbangan pekerja dalam meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan syarikat.

Hari Buruh wujud pada akhir abad ke-19, pekerja industri di Amerika Syarikat dan banyak negara lain menghadapi keadaan kerja yang sangat buruk, termasuk jam kerja sekitar 10 sehingga 16 jam sehari, upah rendah dan persekitaran kerja tidak selamat.

Disebabkan keadaan ini, pekerja terpaksa memulakan kempen untuk perubahan sosial dan ekonomi yang mencapai puncaknya dalam peristiwa Haymarket di Chicago pada 1886.

Ia bermula dengan memperjuang hak pekerja melalui gerakan dan demonstrasi.

Justeru, baik pekerja mahupun majikan harus menjadikan Hari Buruh sebagai renungan dan pedoman untuk memahami keadilan, kejujuran, amanah dan tanggungjawab serta persekitaran kerja selamat.

Bertemakan “Pekerja Kesuma Bangsa”, ia bertepatan dengan penjenamaan semula Kementerian Sumber Manusia kepada Kesuma.

Pemilihan tema ini seiring dengan inisiatif kerajaan melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama serta kompetensi untuk berinovasi — meneroka bidang baharu.

Data Bank Dunia menunjukkan bahawa pada 2022, terdapat 3.43 bilion orang yang bekerja.

Pada asasnya, mencapai keadilan sosial adalah seiring dengan mencapai kerja yang baik untuk semua.

Keadilan sosial bergantung dalam kerja membolehkan individu mencari nafkah dan menyara diri sendiri.

Keadilan sosial memastikan bahawa setiap orang mempunyai akses yang sama kepada peluang pekerjaan dan dilindungi dalam persekitaran tenaga kerja.

KESAN PANDEMIK COVID-19

Perkara besar berlaku di seluruh dunia, seperti pandemik COVID-19, memberi kesan besar kepada tenaga kerja, menyebabkan 33 juta kehilangan pekerjaan pada 2020.

Daya tahan pekerjaan, produktiviti kerja dan kenaikan gaji juga dipengaruhi ketegangan geopolitik dan perubahan ekonomi sesuatu kawasan.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menyatakan dalam laporan Trend Pekerjaan dan Tinjauan Sosial Dunia 2024 bahawa persekitaran kerja global pulih ke tahap yang hampir sama sebelum pandemik.

Laporan itu juga menunjukkan peningkatan dalam penyertaan wanita dan belia walaupun peningkatan ini berbeza-beza di seluruh negara.

Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa kemajuan keadilan sosial mungkin terhalang pada tahun berikutnya akibat produktiviti perlahan, kerapuhan kewangan dan ketidakseimbangan buruh, walaupun selepas pandemik.

Pada 2023, seramai 435 juta orang masih tidak mempunyai pekerjaan.

Selain itu, inflasi menyebabkan kira-kira satu juta pekerja hidup dalam kemiskinan tegar di seluruh dunia. Jurang jantina kekal ketara dalam penyertaan tenaga kerja, terutamanya di negaranegara membangun.

PRODUKTIVITI

ILO meramalkan bahawa kadar pengangguran global akan meningkat pada 2024.

Berjuta-juta orang tidak memiliki pekerjaan, ramai yang mempunyai pekerjaan masih berjuang untuk bertahan, gaji dan taraf hidup merosot dan jurang penyertaan semakin meningkat.

Untuk memajukan keadilan sosial melalui kerja yang baik, kerajaan, perniagaan dan organisasi perlu bekerjasama.

Ia termasuk menyediakan peluang pekerjaan yang adil dan inklusif untuk semua, membina kapasiti dan pembelajaran untuk meningkatkan produktiviti kerja sepanjang hayat serta menyediakan pekerja dengan jaringan perlindungan sosial dan keselamatan.

Secara amnya, kemajuan dalam keadilan sosial memerlukan persekitaran kerja yang adil dan inklusif.

BERITA LAIN

PAMERAN, PROMOSI IKMAS

IKMAS mengadakan pameran dan promosi sempena program bersama-sama komuniti Malaysia Madani di Masjid Darussalam Belarek, Long Lama, baru-baru ini. Pameran dan promosi Ikmas kali ini

Kilat Boy terus cipta sejarah

HARI penuh bersejarah kepada petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong apabila berjaya merangkul tali pinggang pada Kejohanan Tinju Dunia (WBC) Asia Silver Super Bantamweight (55.0kg)

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah

BERITA TERBARU