Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Pekerja pasar raya maut motosikal langgar pembahagi jalan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Keadaan motosikal mangsa selepas dipercayai hilang kawalan lalu melanggar penghadang simen pembahagi jalan di Batu 12, Jalan Kuching-Serian pada awal pagi hari ini.

PADAWAN: Seorang pekerja sebuah pasar raya maut selepas motosikalnya dipercayai melanggar penghadang simen pembahagi jalan di Batu 12, Jalan Kuching-Serian pada awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kejadian dilaporkan kira-kira jam 1.50 pagi, ketika mangsa, Alvin Kajitan yang menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan dari arah Serian menuju ke Kuching.

“Kejadian disyaki berlaku semasa mangsa sedang bergerak lurus dari arah Serian menghala ke Kuching.

“Semasa bergerak melepasi lampu isyarat Batu 12, Jalan Kuching-Serian motosikal yang ditunggang mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar penghadang simen pembahagi laluan.

Keadaan motosikal mangsa selepas dipercayai hilang kawalan lalu melanggar penghadang simen pembahagi jalan di Batu 12, Jalan Kuching-Serian pada awal pagi hari ini.

“Akibat itu, mangsa tercampak ke sebelah jalan di laluan yang bertentangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata lelaki berusia 31 tahun dari Kampung Bunan Gega, Serian itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS).

Abang Zainal berkata mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik, HUS untuk tindakan lanjut.

Katanya kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News