ARTIKEL

Pekerja sektor formal di Malaysia masih terima gaji rendah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pekerja di sektor formal di Malaysia masih menerima upah yang rendah, kata Felo Institut Masa Depan Malaysia (MASA) Datuk Dr Madeline Berma.

Perkara itu dinyatakannya dalam perkongsian mengenai data rasmi terkini upah median (penengah) yang diterima oleh pekerja di sektor formal di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mac 2023.

“Ternyata pekerja Malaysia menerima upah yang rendah,” katanya.

Data menerusi sumber Jabatan Statistik Malaysia itu, menunjukkan kadar upah median pekerja sektor formal di Perlis adalah paling rendah, diikuti Kelantan, Sabah, Kedah dan Terengganu yang kadarnya tidak mencecah RM2,000.

Kadar upah tertinggi adalah di Kuala Lumpur yang mencecah sehingga RM4,000, diikuti Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Melaka pada kadar RM2,000 atau hampir RM3,000.

Di Sarawak pula, kadar upah adalah antara RM1982 hingga RM2,000.

Justeru, Madeline menyifatkan di Malaysia, gaji adalah rendah dan pertumbuhannya adalah perlahan.

Katanya kedua-dua keadaan itu menyukarkan ramai pekerja untuk berhadapan dengan kos hidup yang tinggi.

“Median upah adalah RM2,600. Diharapkan upah pekerja kita meningkat,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan