PELAKON Pekin mendedahkan pernah menerima pelbagai petua pelik demi mendapatkan zuriat.
“Macam-macam saya dapat petua… salah satu petua, apabila bersama kena buka tingkap sikit.
Terfikir juga apa kaitan dengan benda itu.
Tapi saya cuba juga buka sikit tingkap.
“Memang ada petua tu, saya dapat daripada orang tua.
Buka tingkap sikit dan menghadap kiblat… semua ada, pelik-pelik.
Tapi saya buat saja, kiranya macam ikhtiar juga,” kata Pekin memetik media tempatan.
Perkara tersebut dikongsi Pekin sepanjang empat tahun mendirikan rumah tangga sebelum berjaya mendapat zuriat.