ARTIKEL

Loke bercakap pada sidang media selepas Majlis Menandatangani MOU Penukaran Status Pelabuhan Bintulu Kepada Pelabuhan Negeri di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, hari ini. Turut kelihatan Abang Johari.

Pelabuhan Bintulu dimiliki Sarawak menjelang 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak dijangka mengurus dan melaksanakan keseluruhan operasi Pelabuhan Bintulu Pelabuhan Bintulu , sebaik sahaja proses penukaran status kepada pelabuhan negeri dimuktamadkan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, beliau yakin semua proses berkaitan penukaran status tersebut, daripada pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri Sarawak akan diselesaikan dalam tahun ini.

“Justeru, saya yakin menjelang tahun 2025 keseluruhan operasi pelabuhan ini bakal diserahkan dan juga akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa negeri sendiri.

“Dengan penyerahan ini kita yakin ia akan terus menjadi pelabuhan utama, termasuk sebagai pelabuhan minyak dan gas terulung. Bukan hanya untuk Sarawak tetapi juga kepada Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) Penukaran Status Pelabuhan Bintulu Daripada Pelabuhan Persekutuan Kepada Pelabuhan Negeri di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, hari ini.

MoU itu dimeterai antara Loke dan Timbalan Premier merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Sambil disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Baca lain  Landskap, ekonomi Limbang berubah

Terdahulu pada Januari lalu, Loke memberitahu Kementerian Pengangkutan Malaysia akan membentangkan Rang Undang-Undang pemansuhan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 pada Sesi Persidangan Parlimen 2024, bagi memastikan operasi Pelabuhan Bintulu tidak terkesan dan terganggu oleh proses pertukaran status selepas pengambil alihan.

Ujarnya, Kerajaan Sarawak pula akan mewujudkan Lembaga Pelabuhan Bintulu (Sarawak) mengikut Ordinan Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1961.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,