ARTIKEL

Ruslan (tujuh kiri) bersama-sama Mohamad Abu Bakar (tengah) serta tetamu kehormat lain bergambar dengan wakil agensi media yang menerima anugerah penghargaan daripada Bintulu Port Holdings Berhad di Kuching, malam Selasa lalu.

Pelabuhan Bintulu peneraju pelabuhan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pelabuhan Bintulu adalah peneraju pelabuhan Sarawak, bukan sahaja dari segi eksport gas asli cecair (LNG) tetapi juga terminal eksport LNG terbesar di Asia Timur, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad, Ruslan Abdul Ghani.

Beliau menambah, Pelabuhan Bintulu juga adalah terminal kontena terbesar di Malaysia Timur, lebih besar daripada semua kontena yang dikendalikan oleh gabungan lapan pelabuhan Sabah.

“Outlet eksport utama produk Minyak Sawit untuk Sarawak menyumbang 95 peratus daripada eksport Sarawak pada sekitar 4 juta tan/setahun dan kami berada di kedudukan ketiga di Malaysia pada kira-kira 50 juta tan/PA dari segi tan.

“Dari segi nilai/kos produk, kami boleh menjadi nombor satu, terutamanya disebabkan 450 bilangan kapal LNG setahun.

“Pada anggaran saya, gabungan Pelabuhan Bintulu dan Samalaju akan mengendalikan produk bernilai hampir setengah trilion ringgit setahun,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Pelabuhan Bintulu Bersama Media di sebuah hotel terkemuka di sini, malam Selasa lalu.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, (JaPen) Sarawak Helmi Hamid, Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Samuel Simon dan Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara
Sarawak Hamdan Sarbini.

Baca lain  Loji hidrogen dilancar hari ini

Pada masa sama, Ruslan berkata Pelabuhan Bintulu telah dianugerahkan lesen tunggal untuk mengendalikan sepenuhnya Pangkalan Bekalan Minyak dan Gas oleh Kementerian Kewangan (MoF) dan Jabatan Kastam negeri pada 2023, membolehkan mereka berkhidmat di luar pesisir Sarawak khususnya perairan Bintulu dengan lebih banyak lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata Pelabuhan Bintulu berhasrat menjadi pelabuhan tenaga hijau yang terulung untuk memenuhi permintaan tenaga hijau dan bersih.

Katanya, ia selaras dalam merealisasikan visi Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam menjadikan negeri ini sebagai kuasa ekonomi serta menerajui Malaysia ke arah tenaga hijau dan bersih.

“Kami sedar bahawa memiliki infrastruktur yang kukuh, terutamanya pelabuhan yang cekap dan dikendalikan dengan baik akan menjadi kunci dalam mencapai visi itu,” katanya.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan anugerah penghargaan kepada 14 agensi media di negeri ini.

BERITA LAIN

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,