Pelabuhan darat alternatif bagi perdagangan rentas sempadan berpusat di Lubok Antu

LUBOK ANTU: Sarawak terpaksa membangunkan perdagangan pelabuhan darat sebagai alternatif lain jika eksport keluar dari Lubok Antu terus ke pelabuhan semakin meningkat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberitahu, potensi Lubok Antu dan kawasan di sekitarnya amat cerah ekoran peningkatan laluan perdagangan antara negara jiran khususnya di Badau dan Kalimantan dengan Sarawak.

“Saya nampak ada peningkatan keluaran simen dan bahan pembinaan melalui Lubok Antu… sekarang menggunakan lori dan trak.

Namun, jika terlalu berat jalan raya akan hancur. “Maka, untuk mengekalkan perdagangan tersebut kita terpaksa mencari alternatif lain.

“Kalau kargonya semakin bertambah, kita harus mencari alternatif lain untuk kargo tersebut dari sini terus ke pusat pelabuhan. “Kalau ini berlaku, bermakna Sarawak terpaksa membangunkan perdagangan pelabuhan darat, dengan adanya Lebuh Raya Pan Borneo juga rangkaian telekomunikasi Internet yang harus kita tingkatkan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 31 Mac 2021

Suara Sarawak