KUCHING: Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Tan Sri James Jemut Masing akan memeriksa keadaan di Pelabuhan Senari di Jalan Bako hari ini untuk melihat masalah yang berlaku di situ.
Beliau berkata, ia bagi meneliti kebimbangan yang disuarakan Persatuan Perkapalan Sarawak terhadap kesesakan yang berterusan di Pelabuhan Senari sehingga menyebabkan kelewatan penghantaran kontena kepada pengimport masing-masing.
“Saya akan memeriksa Pelabuhan Senari esok (hari ini) untuk mengetahui masalahnya,” katanya yang dihubungi, semalam.
Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri memaklumkan beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu sehingga mengetahui masalah sebenar.
Pada 17 April lalu, Pengerusi Persatuan Perkapalan Sarawak David Chung berkata, para pengangkut terpaksa menunggu dalam barisan berjam-jam bagi mengambil kontena di Pelabuhan Senari untuk dihantar kepada pengimport.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 19 Apr 2021