Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Pelabur yakini ekonomi S’wak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Timbalan Premier  Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

KUCHING: Beberapa pelabur mengukuhkan niat pelaburan dan mengemukakan permohonan untuk pertimbangan kerajaan berhubung cadangan pelaburan mereka di Sarawak, kata Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Katanya, ia termasuk cadangan logam asas untuk projek komponen EV dari Hong Kong bernilai RM6.3 bilion, cadangan projek urea dan melamin dari China bernilai RM1.65 bilion, cadangan logam asas untuk projek komponen EV dari Australia bernilai RM900 juta dan cadangan projek kimia dari Korea Selatan bernilai RM709 juta.

“Selain itu, terdapat pelabur baharu sedang dalam perbincangan awal dengan kerajaan untuk melaksanakan projek mereka di Sarawak termasuk cadangan logam asas untuk projek PV solar dari China bernilai RM5 bilion dan cadangan projek logam dari Jepun bernilai RM4.4 bilion.

“Ia juga melibatkan cadangan logam asas untuk projek komponen EV dari Australia bernilai RM3.04 bilion dan cadangan projek kimia dari China bernilai RM571 juta,” katanya pada ucapan penggulungan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Baca lain  Nanga Sumpa perlukan internet

Dalam pada itu, Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata, pelabur sedia ada yakin dengan pembangunan ekonomi Sarawak. 

Katanya, walaupun terdapat ketidaktentuan global, beberapa syarikat meneruskan pelaburan semula di Sarawak. 

“Ini bagi menjana kesan berganda yang positif kepada ekonomi kita.

“Sebagai contoh di Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya, kelompok industri berteknologi tinggi telah menggajikan lebih daripada 15,000 pekerja dengan 98 peratus daripadanya warga tempatan, membayar RM758 juta dalam gaji tahunan, menyumbang RM917 juta kepada ekonomi tempatan dan mengeksport RM8.9 bilion produk serta komponen elektrik dan elektronik,” katanya.

Sementara itu katanya, Taman Perindustrian Samalaju ditetapkan untuk kelompok industri tenaga intensif.

Katanya, sumbangan daripada taman perindustrian itu termasuk menggajikan sekitar 8,300 pekerja dengan 83 peratus daripada mereka adalah warga tempatan, membayar RM532 juta gaji tahunan, menyumbang RM5.4 bilion kepada ekonomi tempatan dan mengeksport RM18.4 bilion produk logam asas.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru