Pelaburan ASB JADI PILIHAN

KUCHING: Amanah Saham Bumiputera (ASB) amat penting untuk pelaburan masa depan meskipun dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak stabil akibat pandemik Covid-19.

Pengurus Cawangan CIMB Bank Berhad Saradise Steve Richard Hamit berkata, terdapat pelbagai pelaburan yang menguntungkan pada masa kini dan antaranya melabur dalam ASB.

“Pelaburan minimum bagi pinjaman ASB ialah RM10,000 dan maksimum RM200,000, manakala pelaburan minimum untuk simpanan ASB hanya RM10.

“Di sini dapat dilihat penerimaan dividen tahunan juga mengikut jumlah simpanan pelabur dalam ASB, iaitu pelabur yang membuat pinjaman ASB mendapat dividen lebih banyak berbanding pelabur yang membuat simpanan biasa dalam ASB,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pinjaman ASB bukan untuk dijadikan satu beban kepada pelabur melainkan mereka hendaklah bijak dalam menentukan jumlah simpanan bulanan mengikut kadar kemampuan masing-masing terutama sepanjang tempoh Covid-19 melanda.

Selain itu beliau menasihatkan pelabur untuk melabur secara konsisten setiap bulan dan mengelak pengeluaran dalam ASB supaya dapat menikmati dividen penuh.

Manakala, Mohammad Fikri yang merupakan pelabur pinjaman ASB berkata, pelaburan pinjaman ASB berisiko rendah dan menawarkan skim istimewa dan pelbagai mandat sosial.

“Berbanding pelaburan lain, pinjaman ASB masih memberikan dividen yang sihat dan dividen dibayar setiap tahun.

“Tidak rugi melabur dalam pinjaman ASB untuk pelaburan masa depan diri dan keluarga,” katanya lagi.

Beliau berkata, pinjaman ASB hanya terbuka untuk pelabur bumiputera dan kadar faedah bagi pinjaman ASB berubah mengikut kaedah asas – (Base Lending Rate atau BLR) – dan pinjaman ASB merupakan pinjaman berjangka asas.

Sebarang pertanyaan atau permohonan pinjaman ASB dijemput hadir ke pejabat di CIMB Bank Cawangan Saradise, BDC atau hubungi Pegawai Siti Huzaimah di talian 011-25033940 atau Yong Chia Yaw di talian 016-8953986.