ARTIKEL

PELABURAN GOOGLE RM9.4 BILION PETANDA POSITIF PELABUR YAKIN TERHADAP PENTADBIRAN KERAJAAN – FAHMI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Pelaburan Google berjumlah US$2 bilion (RM9.4 bilion) merupakan petanda positif bahawa pelabur mempunyai keyakinan utuh terhadap pentadbiran Kerajaan MADANI, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.


Beliau berkata, perkara itu wajar dijadikan pencetus semangat untuk meningkatkan produktiviti kerja, dan pada masa sama bergerak dengan lebih pintar untuk menarik lebih banyak pelaburan ke dalam negara.
“Saya dimaklumkan sebelum ini, ada beberapa negara destinasi yang dalam pertimbangan mereka (Google).

“Saya percaya dalam beberapa siri pertemuan (dengan Google) termasuk dengan saya, (dengan) apa yang kita sampaikan dan prestasi kita dinilai dengan baik, maka kita mendengar tentang pelaburan daripada Google,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpulan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.


Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata ‘penterjemahan’ pantas dari segi pelaburan itu juga menzahirkan komitmen pentabdiran Kerajaan MADANI yang mempunyai hala tuju jelas seperti yang dimahukan para pelabur.


Google hari ini mengumumkan komitmen pelaburan RM9.4 billion di Malaysia, yang merangkumi pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Wilayah Awan Google untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan awan, di peringkat tempatan mahupun global serta program literasi kecerdasan buatan (Al) untuk pelajar dan pendidik di negara ini.


– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RTP tau dikena nyeruri sekula repuk

INDUN SILONGsuarasarawak.sv@gmail.com KUCHING: Pengari rayat diperansang ngena agih belanja Program Transformasyen Menua Pesisir (RTP) penyampau RM5 juta setaun mantu nyeruri sekula repuk. Premier Sarawak, Datuk

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

Enam ekor lembu mati dilanggar treler

ALOR GAJAH: Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu