ARTIKEL

LALUAN ART PERTAMA… Laluan pertama yang dipanggil ‘Blue Line’ dari Rembus ke Riveria sejauh 27.6 km ini dijangka memulakan operasi pada awal tahun 2026. - Foto BERNAMA

Pelaburan kerajaan dalam Projek KUTS Sarawak dan teknologi hidrogen bakal jana kesan limpahan ekonomi yang besar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Dalam satu laporannya baru-baru ini, Kenanga Research menyatakan bahawa pelaburan Kerajaan Sarawak di dalam Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) dan teknologi hidrogen akan menjana kesan limpahan yang besar.

Golongan yang mendapat manfaat segera adalah kontraktor awam, perunding kejuruteraan dan pembekal bahan binaan, diikuti pemilik tanah dan pemaju hartanah di sepanjang jajaran Transit Pantas Autonomi (ART) di bawah Projek KUTS yang digerakkan oleh kuasa hidrogen.

Menurut firma penyelidikan itu dalam laporannya mengenai Sarawak ekoran satu lawatan ke sini, mereka dapat menanggapi komitmen yang kuat untuk memastikan kejayaan dalam pelaksanaan fasa satu Projek KUTS bernilai RM6 bilion yang diamanahkan kepada Sarawak Metro, sebuah unit dalam Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak.

“Projek itu akan mengubah pengangkutan awam, seterusnya menyenangkan lagi kehidupan, meminimumkan kesesakan lalu lintas, dan membuka koridor pertumbuhan baharu di ibu kota Sarawak,” kata laporan itu.

Fasa satu Projek KUTS melibatkan jarak sejauh 69.9 kilometer yang meliputi tiga laluan utama dan 31 stesen.

Baca lain  Pertumbuhan jualan Sunway Malls atasi pencapaian 2022

Menurut Kenanga Research, beberapa kontrak bernilai RM4 bilion sudah diberikan kepada pelbagai kontraktor setakat ini.

“Kontraktor awam, perunding kejuruteraan dan pembekal bahan binaan sudah mendapat manfaat, seperti HSS Engineers Bhd, Ibraco Bhd dan IJM Corporation Bhd.

“Kami percaya syarikat pembinaan dengan kedudukan yang kukuh di Sarawak juga berpotensi mendapatkan manfaat seperti Bina Puri Holdings Bhd, Kimlun Corporation Bhd, KKB Engineering Bhd and Protasco Bhd,” katanya lagi.

Ibraco mendapat manfaat terbesar daripada projek ART menerusi projek hartanahnya sendiri yang dipanggil Atrium, kata laporan berkenaan.

BERITA LAIN

Syarikat M’sia yakin penuh dengan pasaran China

HAIKOU: China mempunyai jumlah penduduk antara tertinggi di dunia dan pasaran penggunaannya mempunyai daya tarikan besar, kata Penolong Pengerusi Persatuan Perniagaan Antarabangsa Promas Malaysia (Promas), Datin

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh