ARTIKEL

Pelaburan teknologi hijau naik 22 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Pelaburan teknologi hijau dicatatkan sebanyak RM1.3 bilion (US$268 juta) antara Januari dan Jun tahun ini, mewakili pertumbuhan sebanyak 21.9 peratus tahun ke tahun, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pelaburan) Lim Bee Vian berkata ini merangkumi pelbagai inisiatif teknologi hijau, termasuk tenaga boleh baharu (TBB), pemuliharaan tenaga, pengurusan sisa, bangunan dan perkhidmatan hijau.

Ini terutamanya, sebanyak 348 projek teknologi dan perkhidmatan hijau termasuk TBB telah diluluskan sehingga Jun 2023. Ini sejajar dengan matlamat Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Katanya, Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan yang ketara dengan purata kenaikan tahunan sebanyak 35 hingga 40 peratus dalam projek hijau meliputi TBB, kecekapan tenaga, bangunan hijau dan pengurusan sisa bersepadu sejak 2018.

“Dari 2018 hingga Jun 2023, MIDA meluluskan 3,247 projek hijau bernilai lebih RM17.7 bilion, mencerminkan prospek Malaysia yang baik dalam teknologi hijau.

“MIDA memberi keutamaan kepada inisiatif hijau, dengan tumpuan khusus kepada projek tenaga boleh baharu yang mematuhi kriteria dan standard ESG.

“Kadar pertumbuhan tahunan yang luar biasa sebanyak 35 hingga menguruskan pakej insentif kerajaan dengan berkesan, yang menjelaskan banyak permohonan yang diterima.

“Kami berbesar hati untuk terlibat secara mendalam dalam usaha ini dan kami membantu industri dalam peralihannya kepada masa depan yang lebih hijau,” katanya.

Lim menarik perhatian kepada kemajuan yang dicapai dalam penggunaan kenderaan elektrik (EV) dan hibrid antara Januari dan Julai dengan jumlah keseluruhan mencecah 16,257 unit di jalan raya, termasuk kenderaan penumpang dan komersial.

Katanya terdapat 319 motosikal elektrik dan 22 bas elektrik yang beroperasi, serta 1,246 stesen pengecasan yang disediakan untuk menyokong permintaan terhadap EV yang semakin meningkat.

“Kehadiran EV yang semakin meningkat di jalan raya Malaysia adalah berikutan pengenalan rangkaian model EV yang lebih luas ke pasaran.

Walaupun kita telah mengorak langkah dala mmeningkatkan infrastruktur pengecasan, masih terdapat kerjakerja yang perlu dilakukan dalam bidang ini.

“Selain itu, kesedaran dan keutamaan yang semakin meningkat untuk pilihan mesra alam memacu trend ini ke arah mobiliti hijau.

“Ketibaan Tesla, khususnya, telah meningkatkan tahap penyelesaian pengangkutan mampan di negara ini dengan ketara,” katanya.

Lim berkata Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) dan Dasar Automotif Nasional (NAP) menggariskan komitmen Malaysia terhadap pengangkutan mampan; inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan bahagian pasaran EV, memperluas rangkaian infrastruktur pengecasan, menggalakkan pembuatan tempatan untuk komponen EV serta penyelidikan dan pembangunan dalam teknologi EV.

“Malaysia telah meraih RM22 bilion dalam pelaburan diluluskan untuk sektor EV melalui 54 projek dari 2018 hingga 2022 dengan tambahan RM4.2 bilion melalui lima projek yang diluluskan pada separuh pertama 2023,” katanya.

Peralihannya kepada ekonomi rendah karbon adalah penting untuk menyelaraskan dengan usaha pembangunan mampan global dan memanfaatkan potensi peluang baharu dalam ekonomi hijau.

MIDA berharap kerajaan akan melaksanakan inisiatif tambahan untuk memperkukuh dan terus menyokong TBB dalam Belanjawan 2024.

Sebagai agensi penggalakan pelaburan utama kerajaan, MIDA mempunyai peranan penting untuk menyokong komitmen Malaysia mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

“Banyak syarikat telah memulakan perjalanan kemampanan; mereka tahu bahawa tidak berbuat demikian akan berisiko kehilangan kerelevanan dan bahagian pasaran.

Kami akan terus menyokong industri dan perusahaan dalam usaha peralihan mereka,” katanya.

Beliau menegaskan peringkat antarabangsa sedang bergerak ke arah pelaburan hijau dan ESG serta menerima prinsip ini bukan satu pilihan tetapi satu kemestian strategik. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

KUCHING: Sebanyak lapan syarikat di bawah Program Gate to Global (GTG) MARA menyertai Pameran Perdagangan Antarabangsa Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Pameran di

Kereta elektrik berharga RM179,000 hingga RM199,800

KUALA LUMPUR: BYD Malaysia Sdn Bhd hari ini melancarkan kenderaan sedan elektrik terbarunya (EV), BYD Seal, yang ditawarkan pada harga RM179,000 bagi varian premium dan RM199,800 bagi varian prestasi. BYD

BERITA TERBARU

China keluarkan amaran cuaca buruk

BEIJING: Amaran cuaca buruk diumumkan di seluruh kawasan China pada Rabu ketika suhu menjunam di selatan, dengan Beijing kini dalam keadaan bersalji. Pihak berkuasa memperbaharui

KUCHING: Sebanyak lapan syarikat di bawah Program Gate to Global (GTG) MARA menyertai Pameran Perdagangan Antarabangsa Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Pameran di

Song Hye Kyo biarawati Dark Nuns

Pelakon Korea Selatan, Song Hye Kyo kembali ke dunia lakonan dengan membintangi fi lem Dark Nuns.  Selain Hye Kyo, terdapat bintang lain seperti Vincenzo Jeon

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,