ARTIKEL

KAMI JUARA... Pasukan Pelados selepas dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bola Raya Kampung Tuie Edisi 2024.

Pelados juara tewaskan The Jang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PASUKAN Pelados dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bola Raya Kampung Tuie Edisi 2024 selepas menewaskan pesaing utamanya, The Jang.

Bergelar jaguh, pasukan dari Spaoh itu pulang dengan hadiah RM800 serta piala dan pingat.

Lebih manis, tonggak utama Pelados Sahidan Yazid turut menerima Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) selaku pemain terbaik kejohanan.

Sementara The Jang dari Kampung Pusa yang berpuas hati sebagai naib juara menerima RM500 serta pingat.

Manakala tempat ketiga bersama disandang oleh Tuie FC dan satu lagi pasukan dari Pusa iaitu Budak Kampung. Kedua-dua pasukan masingmasing menerima RM100 serta pingat.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Penghulu Kampung Tuie Merawi Ais mewakili ADUN Saribas Datuk Mohammad Razi Sitam.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada Razi dan Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu atas sumbangan dana untuk memastikan kelancaran pertandingan.

Untuk rekod, pertandingan yang dianjurkan bersama oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Ranting dan Pergerakan Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS) Kampung Tuie berjaya menarik penyertaan 10 pasukan.

Baca lain  Liga Hoki Dewan Sarawak 2022 berlangsung November

Ahli Majlis Daerah Betong (MDB) Kaunselor Suib Paaie, Ketua Kampung Tuie Kamaludin Brahim, Pengerusi KRT Kampung Hilir Tuie Ahmad Omar dan Pengerusi KRT Kampung Tengah Tuie Rosli Akip dan penyelaras pertandingan Seman Kadir turut hadir sama.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Empat beradik jadi taruhan Machan FC

KUCHING: Gandingan empat beradik, Ashri Chuchu, 33, Azman Chuchu, 27, Mohd. Shafitri Salim, 30 dan Mohd. Adif Salim, 26 akan menjadi taruhan di jentera serangan

BERITA TERBARU

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan