ARTIKEL

Pelajar 14 tahun tunggang motosikal berbahaya ditangkap polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Aksi seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun menunggang motosikal secara berbahaya membawa padah selepas dirinya dicekup polis di Jalan Kampung Opar, semalam.

Suspek ditahan hasil Op Samseng Jalanan oleh pasukan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bau yang dilaksanakan bermula jam 3 petang sehingga 10.45 malam.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek melakukan aksi ‘wheelie’ bersama-sama seorang pembonceng.

“Pada jam 6.30 petang, suspek ditangkap setelah memberhentikan motosikal di kawasan Jalan Kampung Opar Bau.

“Suspek seterusnya ditahan dan dibawa ke pejabat BSPT Bau untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan hasil operasi terbabit telah membuat pemeriksaan terhadap sembilan individu dan lapan buah kenderaan secara keseluruhan.

“Sebanyak 29 keping saman di bawah Kanun 257 telah dikeluarkan.

“Antara pecahan kesalahan merangkumi tujuh keping tiada lesen memandu, empat LKM tamat tempoh, tiga tiada perlindungan insurans, ubah suai ekzos dan lain-lain,” katanya.

Hasil operasi tersebut katanya, polis turut mengesan sebuah motosikal curi yang dilaporkan hilang di Padungan, Kuching.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

Sikap toleransi kunci perpaduan Sarawak

BALAI RINGIN: Sikap toleransi yang diamalkan oleh penduduk Sarawak merupakan kunci kepada perpaduan wilayah ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk

BERITA TERBARU