ARTIKEL

Sumber: Media sosial

Pelajar 16 tahun maut, rakan cedera dirempuh lori

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIK: Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun maut manakala rakannya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Kerawai dekat Sik, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sik Supt Syamzury Saman berkata kejadian pada 2.50 petang itu membabitkan kedua-dua kenderaan yang dipercayai datang dari arah sama, dengan lori dalam perjalanan dari Jeniang menghala ke Kampung Kerawai manakala motosikal berkenaan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Enggang ke Kampung Bandar Hilir seperti dilapor Bernama.

Menurut beliau, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pembonceng berusia 15 tahun kini sedang dirawat di Hospital Sik.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila lori terbabit membelok ke simpang jalan mini tar di sebelah kanan sebelum motosikal dari arah belakang gagal mengelak lalu terperosok ke bawah lori berkenaan.

Beliau menambah bahawa pihak polis kini menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden maut itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU