ARTIKEL

Pelajar cipta dakwat daripada minyak masak terpakai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ARAU: Produk inovasi dinamakan ‘INKIFLUX’ iaitu dakwat yang dihasilkan daripada minyak masak terpakai yang dicipta dua pelajar sekolah dari Sabah meraih anugerah ‘Best of The Best Award’ pada Perlis International Engineering Invention & Innovation Exhibition 2024 (Pi-ENVEX) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), semalam.

Produk ciptaan dua pelajar Tingkatan Empat aliran sains dari Sekolah Menengah (SM) St Michael, Penampang itu menerima anugerah berkenaan selepas berjaya meyakinkan juri profesional, sekali gus menjadi antara yang terbaik daripada 206 produk yang dipertandingkan.

Bercakap kepada pemberita selepas menerima anugerah itu, dua pelajar perempuan terbabit Dyna Anne Charles Tami, 16, dan Germaine Amisha Alvin, 16, berkata idea menghasilkan produk inovasi itu tercetus apabila mereka mahu mengurangkan pencemaran air serta alam sekitar daripada minyak masak terpakai.

“Untuk hasilkan dakwat ini kami mencampurkan bahan asli seperti getah Arab, alkohol, lesitin soya, air dan pigmentasi, di dalam satu alat separa manual yang kami cipta sendiri untuk hasilkan dua dakwat berwarna hitam dan biru yang selamat digunakan terutama untuk kertas dan kanvas,” kata Dyna Anne.

Menurut Dyna Anne kira-kira dua bulan diperlukan untuk mencipta INKIFLUX, ‘Turning Pollution Into Poetry’ dengan bimbingan tiga guru mereka.

“Kami berdua yang membina produk ini dan dibantu tiga guru sejak awal November tahun lepas, dengan anggaran kos RM85,” katanya.

Kedua-dua pereka cipta muda berbakat besar itu menerima wang tunai RM1,000 beserta plak dan sijil penghargaan.

Pi-ENVEX 2024 yang berlangsung tiga hari bermula 26 April turut disertai oleh pelajar dari 11 negara termasuk Vietnam, Romania, Jerman, Arab Saudi dan Korea Selatan.

Guru SM St Michael, Cyprian Rian Jokinol berkata program seperti Pi-ENVEX mampu mencungkil bakat pelajar dalam mengetengahkan projek inovasi baharu sekali gus melahirkan penyelidik yang berkualiti.

“Program ini sangat bagus kerana melibatkan negara luar, pelajar kita dapat kembangkan idea, jaringan dan berkongsi pendapat untuk hasilkan produk yang lebih berkualiti, saya harap program ini akan terus diadakan pada masa akan datang,” katanya.
— BERNAMA

BERITA LAIN

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

Arab Saudi permudahkan urusan jemaah haji Malaysia

SEPANG: Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap kecekapan pengurusan operasi haji yang dikendalikan oleh Lembaga

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,