ARTIKEL

Dr Low (empat kanan) bersama para pelajar Curtin Malaysia dan juga petugas projek SoHo di Miri Times Square.

Pelajar Curtin Malaysia adakan lawatan sambil belajar ke projek pembinaan SoHo di Miri Times Square

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Jabatan Alam Bina dan Fakulti Kemanusiaan dan Sains Kesihatan, Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia), baru-baru ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke projek pembinaan ‘Small Office, Home Office’ (SoHo) di Miri Times Square.

Menurut satu kenyataan daripada Curtin Malaysia, lawatan tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan praktikal kepada pelajar tentang pengurusan projek pembinaan berskala besar.

Jelasnya, pengalaman praktikal itu akan membolehkan pelajar memahami proses perancangan, pelaksanaan dan pengurusan projek pembinaan, serta merapatkan jurang antara pengetahuan teori dan aplikasi dunia sebenar.

Ketua Jabatan Alam Bina Curtin Malaysia, Dr Low Wai Wah, berkata lawatan tapak itu adalah komponen penting dalam kurikulum di Curtin Malaysia, khususnya dalam bidang kejuruteraan dan sains.

“Lawatan ke tapak pembinaan SoHo di Miri Times Square merupakan satu peluang pembelajaran tidak ternilai bagi pelajar kami.

“Ia membolehkan mereka menyaksikan sendiri aplikasi konsep yang telah mereka pelajari semasa kuliah dan berinteraksi secara profesional dengan pihak industri.

“Pengalaman ini sudah pasti akan meningkatkan pemahaman serta pengetahuan mereka tentang pengurusan projek pembinaan,” katanya.

Sementara itu, Dekan Fakulti Kemanusiaan dan Sains Kesihatan, Profesor Roy Rillera Marzo, menekankan kepentingan pengalaman praktikal tersebut dalam perjalanan pendidikan pelajar.

“Di Curtin Malaysia, kami komited untuk menyediakan pelajar kami dengan pendidikan holistik yang menggabungkan latihan akademik yang padat dengan pengalaman dunia sebenar.

“Justeru, lawatan tapak seperti ini penting dalam kurikulum kami bagi membantu pelajar memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang bidang mereka dan menyediakan mereka untuk menghadapi alam kerjaya pada masa hadapan,” ujarnya.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Nadin Amizah tampil memukau di Weekend Fest

PENYANYI dan artis Nadin Amizah tampil memukau pada hari kedua Weekend Fest 2024 di QBIG, Tangerang, Indonesia dengan mempersembahkan lapan buah lagu istimewa. Walaupun diiringi

Bentuk peribadi pelajar

BARU-BARU INI, Mukhayyam Dakhili Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) bagi murid Tahun 4 berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kota Samarahan. Program